FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, Masyarakat dan Negara.
MATLAMAT KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
1.
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatupadu.
2.
Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia,
berketrampilan dan sejahtera.
3.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan Negara.
4.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia
MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
Negara Malaysia.
FALSAFAH PENDIDIKAN
KHAS
Pendidikan khas sebagai satu usaha yang berterusan untuk
menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN
KHAS
1.
Menyediakan peluang
dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.
2.
Menyediakan
pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.
3.
Menyediakan peluang
untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.
4.
Menyediakan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
5. Memastikan tenaga pengajar yang
mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid dengan Keperluan Khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang
dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH DALAM PENDIDIKAN KHAS
1. Pendidikan Khas Bermasalah
Penglihatan ( Rabun dan Buta )
2.
Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.
3.
Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran
4.
Pendidikan
Pemulihan Khas
( Bermula Tahun 1998 di bawah kelolaan JPK )
PROGRAM-PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
1.
Program Sekolah Khas.
Program Sekolah Khas menempatkan kanak-kanak yang mengalami
satu kategori masalah ( kecacatan), contohnya bermasalah pendengaran atau
bermasalah pendengaran.
2.
Program Percantuman/Integrasi.
Program
Percantuman adalah program yang mnempatkan kanak-kanak khas bermasalah
pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran belajar di
sekolah biasa tetapi dalam kelas yang berasingan daripada murid biasa.
1.
Program Inklusif.
Program Inklusif adalah program yang menempatkan
kanak-kanak khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah
pembelajaran belajar bersama-sama
kanak-kanak biasa di dalam kelas yang dengan dibantu guru resos/pembimbing.
TEMPOH PERSEKOLAHAN KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS
Tempoh persekolahan kanak-kanak khas
adalah sama seperti murid biasa, iaitu sekolah
rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 5 tahun tetapi tambahan masa
persekolahan diberikan sekiranya pencapaian pembelajaran kanak-kanak berkenaan
tidak memuaskan. Tempoh persekolahan tersebut dilanjutkan seperti berikut.
1. Diberi tambahan 2 tahun ( boleh diambil di peringkat rendah sama
ada 1 tahun atau 2 tahun ).
Content yang bagus. Puan ni guru penidikan khas ke? :)
BalasPadam