Ads 468x60px

Featured Posts

Sabtu, 21 November 2015

SEJARAH PPKI SKTIP



Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra ditubuhkan pada tahun 1957 dengan nama asalnya Merbau English School. Ianya terletak di jalan Merbau Kota Bharu dan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Pelajaran pada tahun yang sama (1957).

          Beberapa tahun kemudian sekolah ini dipindahkan ke Wakaf Mek Zainab dan pada tahun 1963 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra. Pada tahun yang sama juga sekolah ini ditumpang oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Petra dan kemudiannya berpindah ke tapak baru di kompleks sekolah-sekolah.

          Dalam tahun 1963 juga Sekolah Pendidikan Khas (cacat pendengaran) ditubuhkan dan diletakkan di bawah pentadbiran yang sama.Pada tahun 1980 Sekolah Pendidikan Khas bertukar ke sesi petang.

          Pada tahun 1987 Sekolah Pendidikan Khas telah diasingkan daripada SK Tengku Indera Petra dan diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan yang dikendalikan oleh seorang Guru Besar.
Pada 01/02/1998 Sekolah Pendidikan Khas telah berpindah ke Sekolah Pendidikan Khas Negeri Kelantan bertempat di Lati, Pasir Mas. Dengan itu Sekolah Pendidikan Khas yang sedia ada diletakkan semula di bawah pengurusan SK Tengku Indera Petra dengan diberi nama Kelas Pendidikan Khas (Integrasi). Murid-murid yang ada hanyalah murid yang tidak berpindah ke Sekolah Pendidikan Khas Lati. Program integrasi ini berjalan hinggalah ke hari ini.

          Bangunan sekolah yang dibina sejak tahun 1957 itu masih digunakan lagi sehingga sekarang. Cuma pada tahun 2003 barulah SK Tengku Indera Petra mendapat 2 blok bangunan baru sebagai tambahan. SK Tengku Indera Petra juga telah mendapat sebuah makmal komputer. Keramaian murid pada suatu ketika dulu agak tinggi juga, iaitu melebihi 900 orang. Bilangan kelas normal adalah 24 kelas dan pendidikan khas 9 kelas.

          Namun sekarang hanya terdapat 18 kelas normal dan 8 kelas pendidikan khas, dimana jumlah muridnya lebih kurang 700 orang.

          Mulai tahun ini (2006) SK Tengku Indera Petra mempunyai sebuah kelas prasekolah yang ditempat di bangunan lama yang telah dibaik pulih dengan keramaian murid seramai 25 orang.

          Nama Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra diambil sempena nama Tengku Indera Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, iaitu kekanda kepada Al-Marhum Sultan Yahya Petra.


 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates